|
e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan adalah suatu inisiatif dan daya usaha untuk mengumpul dan menyatukan peminat dan penyokong bolasepak Negeri Sembilan yang berada di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya secara langsung. Menyedari hakikat bahawa kekuatan sesebuah pasukan bergantung kepada sejauhmana sokongan padu penyokong-penyokongnya, maka sebagai perintis kepada usaha tersebut khususnya untuk mengumpulkan peminat dan penyokong bolasepak Negeri Sembilan, maka e-penyokong mengambil inisiatif mewujudkan sebuah laman web bagi tujuan tersebut yang dinamakan sebagai Portal e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan yang boleh dilayari melalui URL http://www.n9futbol.com. Antara pengisian yang dirancang untuk portal ini adalah seperti maklumat-maklumat pasukan, info-info terkini, jadual perlawanan, aksi-aksi menarik sepanjang perlawanan termasuklah forum yang menjadi medan interaksi antara penyokong. Selain daripada itu, inisiatif ini diharapkan mendapat sokongan padu daripada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), seterusnya menjadi asas pengumpulan jitu seluruh penyokong-penyokong bolasepak Negeri Sembilan. Untuk makluman para moderator sentiasa bekerja keras bagi memastikan n9futbol dapat dilayari oleh peminat-peminat bolasepak khususnya penyokong setia pasukan bolasepak Negeri Sembilan dan terus kekal sebagai medium untuk penyokong tegar berinteraksi. Harapan kami dari pihak moderator agar semua ahli-ahli forum akan terus berforum dengan sebaik yang mungkin dan terus menyumbang dari segi idea mahupun tenaga demi kemajuan bolasepak di negeri yang tercinta ini. Kami berharap seluruh peminat-peminat pasukan Negeri Sembilan dapat mendaftar di laman ini untuk mengaktifkan diri di ruangan forum n9futbol. Pihak moderator mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan bagi memperkasakan lagi n9futbol.com di arena bolasepak tempatan dengan menghubungi kami di waghieh[at]n9futbol.com. HOBEN JANG HOBEN PENTING : Sebarang kenyataan di forum ini adalah tanggungjawab si penulis. Komuniti e-Penyokong ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko seperti tindakan saman fitnah, Akta Hasutan dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memastikan keharmonian N9futbol.com.
|