A+ R A-
Tekad Bangkit !!!
27 Dec 2012 11:56 - pairzalTekad Bangkit !!!

SELEPAS kecundang pada aksi pertama di tempat lawan, Negeri Sembilan bertekad mempamerkan persemba [ ... ]

N9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - ...
24 Dec 2012 11:22 - pairzalN9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - 2.

Pamer kualiti walau tewas

NEGERI Sembilan memiliki kemampuan untuk menumpaskan juara Liga Perdana [ ... ]

Mencari Keserasian - DIVALDO ALVES
19 Dec 2012 09:36 - pairzalMencari Keserasian - DIVALDO ALVES

KEPUTUSAN hambar dalam beberapa perlawanan persahabatan bukan bermakna persiapan dilakukan kurang  [ ... ]

PERSAHABATAN : Negeri Sembilan - Sarawak
12 Dec 2012 17:38 - trPERSAHABATAN : Negeri Sembilan - Sarawak

      Perlawanan persahabatan pra-musim antara pasukan Negeri Sembilan dan Sarawak akan berla [ ... ]

William Paul Modibo
12 Dec 2012 11:54 - trWilliam Paul Modibo

Personal information Full name William Paul Modibo Date of birth May 18, 1979 (age 33)  [ ... ]

Penyerang Import 2013
12 Dec 2012 11:31 - pairzalPenyerang Import 2013

  Personal information Full name Emanuel Matías De Porras Date of birth October 16, 1 [ ... ]

Senarai Pemain Negeri Sembilan 2013
12 Dec 2012 11:11 - pairzalSenarai Pemain Negeri Sembilan 2013





PENJAGA GOL Mohd Hamsani Ahmad (Felda United FC) Badrulzaman Abdul HalimMuhammad Kaharuddin  [ ... ]

N9 akhiri kempen Piala Malaysia 2012
04 Oct 2012 00:19 - trN9 akhiri kempen Piala Malaysia 2012

NEGERI SEMBILAN mengakhiri musim 2012 dengan kekalahan di peringkat suku akhir Piala Malaysia apab [ ... ]

Lain-Lain Artikel

Tekad Bangkit !!!

SELEPAS kecundang pada aksi pertama di tempat lawan, Negeri Sembilan bertekad mempamerkan persembahan lebih mantap apabila melayan kunjungan juara Liga Perdana Indonesia (IPL), Semen Padang pada perlawanan persahabatan kedua Siri Nusantara di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Ahad ini.

Pada aksi pertama di Stadium Agus Salim, skuad Hoben Jang Hoben tunduk 1-2 kepada Semen Padang dan kali ini mereka bertekad untuk bangkit mempertahankan reputasi dengan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Ketua jurulatih, Divaldo Alves berkata, sekalipun ia hanya perlawanan persahabatan, beliau tidak mahu pemain beraksi sambil lewa dan mempamerkan kekuatan sebenar dengan mencipta kemenangan di depan penyokong sendiri.

Beliau berkata akan menurunkan barisan terbaik pada perlawanan itu berbanding pada aksi pertama apabila segelintir pemain utama tidak dapat beraksi kerana kurang cergas yang menyaksikan Negeri Sembilan tempang hingga membolehkan Semen Padang mendahului 2-0 sebelum penyerang import, Emanuel De Porras, menjaringkan gol tunggal.

“Saya tidak suka kalah lebih-lebih lagi di laman sendiri dan saya harap pemain bangkit dengan aksi lebih mantap dan mempamerkan kekuatan sebenar pada perlawanan kedua.

“Melalui sokongan padu penyokong, saya yakin pemain dapat mempamerkan persembahan lebih meyakinkan untuk mencipta kemenangan,” katanya.

Menurut pengendali berasal dari Portugal itu, kemenangan amat penting kerana ia akan menjadi penanda aras kepada kekuatan pasukan selepas membuat persiapan rapi menghadapi saingan Liga M 2013, 8 Januari ini.

“Kami dalam persiapan fasa akhir sebelum mengharungi Liga M yang berbaki kurang dua minggu, justeru kami perlu memanfaatkan ruang yang ada bagi memperkemaskan pasukan.” Divaldo turut menerima pujian jurulatih Semen Padang, Suhatman Imam yang mendakwa kekuatan Negeri Sembilan lebih baik berbanding Selangor dan juara tiga piala musim lalu, Kelantan tapi mengaku masih banyak perlu diperkemaskan bagi memastikan kejayaan dalam Liga M.

“Kami tidak boleh cepat puas hati kerana pasukan belum diuji sepenuhnya tambahan pula cabaran Liga M dijangka lebih kompetitif yang menuntut setiap pemain memberikan persembahan terbaik secara konsisten bagi menjamin kejayaan.” Bagi musim 2013, Negeri Sembilan menyandarkan harapan kepada dua pemain import, De Porras dan William Paul Modibo sambil dibantu pemain tempatan berpengalaman antaranya Eddy Helmi Abdul Manan, Mohd Fauzi Nan, Mohd Hamsani Ahmad, Abd Ghani Rahman, Azmeer Yusof, Idris Karim, S Sivanesan, Norhafiz Zamani Misbah, Rashid Mahmud, Ahmad Shakir Md Ali dan Mohd Firdaus Azizul.

N9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - 2.

Pamer kualiti walau tewas

NEGERI Sembilan memiliki kemampuan untuk menumpaskan juara Liga Perdana Indonesia (IPL), Semen Padang di Stadium Agus Salim, namun kualiti yang cuba diserapkan jurulatih dari Portugal, Divaldo Alves nyata belum cukup menjadi.

Kekalahan 1-2 semalam semata-mata disebabkan kesilapan pertahanan yang leka, memberi ruang kepada penyerang Semen Padang untuk mengatur serangan dan faktor itulah yang Divaldo mahu pastikan tidak berulang.

“Kami kalah kerana kesilapan mudah babak pertama. Dalam saingan profesional, setiap pasukan mesti ada peningkatan dan pasukan Negeri Sembilan meningkat dengan baik di babak kedua,” kata Divaldo dalam sidang akhbar selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Piala Nusantara di Padang semalam.

“Saya puji pemain saya kerana selepas ketinggalan dua gol, mereka tetap positif menyerang memburu gol. Saya tiada masalah lain kecuali dua kesilapan yang menghadiahkan gol kepada lawan,” kata jurulatih itu yang mahu menerapkan permainan penguasaan bola pada saingan Liga Malaysia nanti.

Semen Padang beroleh dua gol menerusi penyerang Liberia, Edward Wilson Junior pada babak pertama perlawanan.

Gol pertama hadir pada minit ke-15, apabila Junior menyudahkan hantaran lintang Titus Bonai selepas penjaga gol Mohd Hamsani Ahmad tidak sempat kembali ke posisi untuk menyelamatkan keadaan.

Gol kedua pula jelas kesilapan pertahanan yang lambat bertindak mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Sementara itu, gol Negeri Sembilan dijaringkan Emanuel De Porras pada minit ke-70.

Ketua jurulatih Semen Padang, Suhatman Imam berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang cemerlang apabila mereka menang semua perlawanan persahabatan antarabangsa.

Sebelum menang ke atas Negeri Sembilan, juara IPL itu menewaskan Brunei, Kelantan dan Selangor dalam saingan Piala Gabenor Acheh.

“Saya lihat Negeri Sembilan sebuah pasukan yang bersifat kolektif, bergerak sebagai sebuah pasukan. Mereka lebih baik daripada Selangor dan juara Liga Super Malaysia, Kelantan.

“Kelantan dan Selangor mudah terikut-ikut rentak Semen Padang, tapi kualiti Negeri Sembilan, mereka kekal dengan corak permainan mereka,” kata Suhatman yang menganggap Negeri Sembilan mempunyai potensi besar dalam Liga Malaysia.

Mencari Keserasian - DIVALDO ALVES

KEPUTUSAN hambar dalam beberapa perlawanan persahabatan bukan bermakna persiapan dilakukan kurang mantap sebaliknya pemain masih dalam proses penyesuaian ke arah mencapai kesempurnaan.

Itu pandangan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Alves yang menganggap ia proses biasa kerana yakin anak buahnya akan mencapai tahap prestasi terbaik menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) 2013 yang bermula pada 5 Januari.


Bekas pengendali kelab Persebaya FC itu berkata, pihaknya menilai persembahan anak buahnya terutama tahap kecergasan dan keserasian serta persefahaman yang dibentuk selepas lebih sebulan mengendalikan pasukan itu.

“Hasil beberapa perlawanan persahabatan menentang Polis, Sarawak dan SPA Putrajaya FC, ada keputusan yang tidak memihak kepada kami tapi itu bukan ukuran sebenar kekuatan kerana rata-rata pemain dalam proses menyesuaikan diri dan mencari rentak terbaik.


“Tambahan pula kami memiliki beberapa pemain baru termasuk dua pemain import dan mereka sudah tentu memerlukan sedikit masa untuk mempamerkan persefahaman sebelum menunjukkan kehebatan sebenar.


“Saya tidak bimbang keputusan perlawanan persahabatan kerana yakin pemain akan mencapai tahap prestasi terbaik sebelum tirai saingan liga bermula,” katanya.

 

 

Kali ini, Negeri Sembilan diperkuat lapan pemain baru tempatan, Mohd Hamsani Ahmad (penjaga gol), Mohd Fauzi Nan, Abd Ghani Rahman dan Azmeer Yusof (pertahanan), Mohd Alafi Mahmud (penyerang) dan Eddy Helmi Manan (sayap) selain dua import, William Paul Modibo dari Cameroon sebagai tonggak pertahanan serta Emanuel Matias De Porras (Argentina) sebagai peneraju barisan depan.

Our Partners

joomsport nike ea pepsi adidas cocacola

Today16
Yesterday22
Week38
Month444
All52739

Currently are 22 guests and no members online