A+ R A-
Tekad Bangkit !!!
27 Dec 2012 11:56 - pairzalTekad Bangkit !!!

SELEPAS kecundang pada aksi pertama di tempat lawan, Negeri Sembilan bertekad mempamerkan persemba [ ... ]

N9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - ...
24 Dec 2012 11:22 - pairzalN9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - 2.

Pamer kualiti walau tewas

NEGERI Sembilan memiliki kemampuan untuk menumpaskan juara Liga Perdana [ ... ]

Mencari Keserasian - DIVALDO ALVES
19 Dec 2012 09:36 - pairzalMencari Keserasian - DIVALDO ALVES

KEPUTUSAN hambar dalam beberapa perlawanan persahabatan bukan bermakna persiapan dilakukan kurang  [ ... ]

PERSAHABATAN : Negeri Sembilan - Sarawak
12 Dec 2012 17:38 - trPERSAHABATAN : Negeri Sembilan - Sarawak

      Perlawanan persahabatan pra-musim antara pasukan Negeri Sembilan dan Sarawak akan berla [ ... ]

William Paul Modibo
12 Dec 2012 11:54 - trWilliam Paul Modibo

Personal information Full name William Paul Modibo Date of birth May 18, 1979 (age 33)  [ ... ]

Penyerang Import 2013
12 Dec 2012 11:31 - pairzalPenyerang Import 2013

  Personal information Full name Emanuel Matías De Porras Date of birth October 16, 1 [ ... ]

Senarai Pemain Negeri Sembilan 2013
12 Dec 2012 11:11 - pairzalSenarai Pemain Negeri Sembilan 2013





PENJAGA GOL Mohd Hamsani Ahmad (Felda United FC) Badrulzaman Abdul HalimMuhammad Kaharuddin  [ ... ]

N9 akhiri kempen Piala Malaysia 2012
04 Oct 2012 00:19 - trN9 akhiri kempen Piala Malaysia 2012

NEGERI SEMBILAN mengakhiri musim 2012 dengan kekalahan di peringkat suku akhir Piala Malaysia apab [ ... ]

Lain-Lain Artikel

Shabery Cheek Minta FAM Siasat Insiden Pergaduhan Babitkan Felda United, NS

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat insiden pergaduhan membabitkan pasukan Felda United dengan Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu lepas.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan insiden berkenaan, Ahmad Shabery berkata insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam liga bola sepak tempatan.

"Kita mesti memikirkan tindakan terbaik bagi memastikan insiden tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara di sini, Rabu.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas insiden tersebut yang menyebabkan pengadil perlawanan Azman Jamaludin terpaksa melayangkan tiga kad merah masing-masing kepada seorang pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Mohd Hardi Jaafar kerana terlibat dalam pergaduhan.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan tuan rumah 1-0 menerusi jaringan tunggal penyerangnya Shahurain Abu Samah pada minit ke-53.

Ahmad Shabery berkata insiden tersebut tidak akan berlaku sekiranya pemain dan pengurusan kedua-dua pasukan bersikap profesional dan tidak mengikut emosi ketika berada di dalam stadium.

"Namun bagi saya, yang lebih penting ialah penyokong pasukan juga harus bersikap profesional dengan tidak terlibat dalam perkara tersebut kerana sedikit sebanyak akan merosakkan semangat kesukanan," katanya.

Mengulas mengenai pusat simulasi tersebut, Ahmad Shabery berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 belia berumur 15-40 tahun akan dilatih setiap tahun bagi memastikan mereka mempunyai tahap kemahiran yang bersesuaian.

"Pusat ini juga bukan dikhaskan untuk para belia tetapi juga untuk badan-badan beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya.

Katanya pusat berkenaan yang kini berada dalam proses akhir pengubahsuaian dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Jan ini bersempena sambutan ulangtahun ke-40 Rela. - BERNAMA

Our Partners

joomsport nike ea pepsi adidas cocacola

Today34
Yesterday21
Week34
Month911
All57091

Currently are 3 guests and no members online