A+ R A-
Tekad Bangkit !!!
27 Dec 2012 11:56 - pairzalTekad Bangkit !!!

SELEPAS kecundang pada aksi pertama di tempat lawan, Negeri Sembilan bertekad mempamerkan persemba [ ... ]

N9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - ...
24 Dec 2012 11:22 - pairzalN9 Kekal corak permainan walaupun ketinggalan 0 - 2.

Pamer kualiti walau tewas

NEGERI Sembilan memiliki kemampuan untuk menumpaskan juara Liga Perdana [ ... ]

Mencari Keserasian - DIVALDO ALVES
19 Dec 2012 09:36 - pairzalMencari Keserasian - DIVALDO ALVES

KEPUTUSAN hambar dalam beberapa perlawanan persahabatan bukan bermakna persiapan dilakukan kurang  [ ... ]

PERSAHABATAN : Negeri Sembilan - Sarawak
12 Dec 2012 17:38 - trPERSAHABATAN : Negeri Sembilan - Sarawak

      Perlawanan persahabatan pra-musim antara pasukan Negeri Sembilan dan Sarawak akan berla [ ... ]

William Paul Modibo
12 Dec 2012 11:54 - trWilliam Paul Modibo

Personal information Full name William Paul Modibo Date of birth May 18, 1979 (age 33)  [ ... ]

Penyerang Import 2013
12 Dec 2012 11:31 - pairzalPenyerang Import 2013

  Personal information Full name Emanuel Matías De Porras Date of birth October 16, 1 [ ... ]

Senarai Pemain Negeri Sembilan 2013
12 Dec 2012 11:11 - pairzalSenarai Pemain Negeri Sembilan 2013





PENJAGA GOL Mohd Hamsani Ahmad (Felda United FC) Badrulzaman Abdul HalimMuhammad Kaharuddin  [ ... ]

N9 akhiri kempen Piala Malaysia 2012
04 Oct 2012 00:19 - trN9 akhiri kempen Piala Malaysia 2012

NEGERI SEMBILAN mengakhiri musim 2012 dengan kekalahan di peringkat suku akhir Piala Malaysia apab [ ... ]

Lain-Lain Artikel

Layak Hukuman setimpal dikenakan.

SEREMBAN - Perosak dalam industri bola sepak negara memang wajar dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), apatah lagi ia telah menipu penyokong yang selama ini tidak berbelah bahagi meniupkan semangat kepada pemain dan pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua yang terlibat dalam industri bola sepak termasuk pemain, jurulatih dan pegawai hendaklah mengambil iktibar daripada penggantungan yang dibuat oleh FAM ke atas mereka yang terlibat dalam rasuah bola sepak.

''Jadikan pengajaran kepada orang yang tidak terlibat supaya isu menjual permainan dan rasuah bola sepak ini adalah perkara yang serius dan wajar diperangi," kata Mohamad di sini, semalam.

Tegasnya, jika FAM tidak bertindak dengan keputusan tegasnya, maka ramai pihak yang akan memandang ringan isu ini, sekali gus menghancurkan industri bola sepak negara.

''Orang ramai telah ditipu dengan mereka yang mempunyai niat tidak betul dalam bola sepak," ujarnya.

Mohamad yang juga Menteri Besar memberitahu: "Kita tidak mahu melihat merudumnya bola sepak negara pada era 80-an sehingga menyebabkan ranking dunia jatuh, berulang angkara mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

''PBNS merupakan yang pertama melaporkan perkara itu, walaupun merasa amat susah hati. Selepas dipertimbangkan sebaik mungkin, maka itu adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan industri bola sepak ini.

''Penggantungan ini dibuat oleh FAM dan terpulanglah kepada mereka yang terlibat itu untuk menerima pengajaran daripada perbuatan mereka," kata Mohamad.

Beliau menjelaskan, PBNS amat kesal kerana ramai pemain muda yang terlibat telah dididik bermain dengan baik dalam skuad Piala Presiden Negeri Sembilan 2011.

''Tetapi disebabkan kecuaian, mereka terjebak. Ramai pemain yang terlibat tidak mengetahui kerana disangka bonus tertentu. Biasanya bonus akan diisytiharkan oleh Presiden dan bonus tidak diisytiharkan dalam karaoke," katanya.

 

-sumber utusan.

Cipta sejarah tersendiri tahun 2012

BUKIT JALIL, (Arena.my)  - Dua jaringan Jean Emmanuel Effa Owona memastikan Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri dengan menjulang Piala Sumbangsih.

Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin bangkit untuk daripada untuk melakar kemenangan 2-1.

Tempoh 45 minit pertama pertembungan Piala Sumbangsih di antara Kelantan dan Negeri Sembilan berlangsung sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan perlawanan terikat 1-1 yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak seimbang.

Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan The Red Warriors di depan pada minit ke-19 hasil kombinasi dengan Mohammmed Ghaddar.

Namun Negeri Sembilan yang menyandarkan harapan kepada Jean Emmanuel Effa Owona di bahagian serangan menyentak semangat Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan.

Tiga pemain Kelantan yang cuba mengekang Effa di dalam kotak penalti tersilap langkap apabila tendangan pemain import kelahiran Ghana itu terkena badan seorang pemain sehingga mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat.

Effa turut mencipta beberapa peluang sebelum perlawanan berehat namun ketangkasan Khairul Fahmi menafikan usahanya.

Kedua-dua pasukan kembali menyambung permainan tanpa sebarang pertukaran pemain.

Babak awal menyaksikan perlawanan kerap terhenti ekoran beberapa kekasaran yang berlaku.

Bola banyak berlegar di tengah padang kerana kedua-dua pasukan seperti buntu untuk memecah benteng pertahanan.

Pada minit ke 63, Effa mengubah suasana suram perlawanan dengan gol peribadinya pada malam ini dengan menanduk masuk hantaran lintang S. Kunanlan. 

Kelibat gandingannya, Ahmad Shakir Ali juga tidak menghampakan kerana sering memberi ancaman kepada pasukan lawan.

Pemain import Kelantan, Ghaddar dilihat terus tenggelam dan gagal mencipta impak besar tatkala dia hanya beroleh satu sahaja peluang terbuka di depan gol. Namun dia gagal menyudahkan hantaran cantik daripada Dennis Antwi.

Usaha Kelantan mencari gol penyamaan bertambah sulit selepas Azraai Khor menukar percaturan di bahagian tengah dengan memasukkan Firdaus Azizul, Norismaidham Ismail dan Alif Shamsudin di bahagian tengah.

Firdaus Azizul sepatutnya lebih awal menjamin kemenangan Negeri Sembilan tetapi cubaannya tersasar tatkala Effa berada di posisi lebih baik untuk memadamkan sisa perjuangan Kelantan.

Siapa Effa OWONA ?

Biodata Jean Emmanuel Effa Owona | Penyerang Baru Negeri Sembilan - Nama Jean Emmanuel Effa Owona atau lebih mudah dipanggil Effa mula menjadi sebutan setelah berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan dalam Piala Sumbangsih 2012.Berikut adalah sedikit info tentang Jean Emmanuel Effa Owona.


Tarikh Lahir : 20 disember 1983 ( 28 tahun )
Tempat Lahir : Ikbongo ( Cameroon )
Ketinggian : 190 cm
Posisi : Penyerang

 

Our Partners

joomsport nike ea pepsi adidas cocacola

Today6
Yesterday25
Week165
Month590
All54833

Currently are 4 guests and no members online