A+ R A-

Articles

Zamani ACL, Effa Denggi

Kem Negeri Sembilan terus dibayangai kecederaan pemain menjelang perlawanan penting bertemu pasukan Kelantan 04 Mac nanti tetapi kali ini dikejutkan dengan kecederaan lutut tonggak pertahanan Norhafiz Zamani Misbah atau lebih dikenali Angah pada perlawanan persahabatan dengan ATM malam tadi. Menurut coach Azraai, kemungkinan besar Zamani mengalami kecederaan ACL dan sedang menunggu laporan doktor perubatan untuk mengetahui tahap sebenar kecederaan Zamani.

Sementara itu, ayam tambatan pasukan Negeri Sembilan, Effa Owona pula sedang menunggu keputusan ujian darah bagi memastikan beliau bebas dari demam denggi. Effa yang diturunkan pada 15 minit terakhir perlawanan semalam masih mampu menunjukkan aksi yang memberangsangkan walaupun kurang cergas kerana demam.