A+ R A-

Articles

Jom sertai Klinik Bolasepak Amal N9futbol.com

Kelab e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan dengan kerjasama Akademi Bola Sepak Sukan Mania (ABSM) buat julung-julung kalinya akan mengajurkan Klinik Bolasepak Amal N9futbol.com atau "Klinik Amal" yang bertujuan memartabatkan pembangunan sukan bolasepak di peringkat akar umbi dan juga akses kepada kanak-kanak dan remaja di Negeri Sembilan untuk mempelajari bolasepak secara lebih serius.

Tiada yuran penyertaan dikenakan! Walaubagaimanapun jumlah penyertaan hanya terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Program akan diserikan dengan kehadiran bekas pemain bolasepak untuk sesi motivasi.

Untuk pendaftaran sila hubungi Aizat (017-6812875)