A+ R A-
Muhammad Shukor Adan
Player
Statistic
Photos
Full Name : Muhammad Shukor Adan
Position : Midfielders
Nickname : Shukor

Muhammad Shukor Adan (lahir pada 24 September, 1979 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia pernah yang mewakili Selangor FA di Liga Super Malaysia dan berperanan sebagai ketua pasukan. Dia merupakan ketua pasukan Malaysia.

Shukor mula beraksi bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2002 pada tahun 2001. Shukor juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak pada kejohanan Sukan SEA 2001. Dia juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia ketika Malaysia tewas 6-0 kepada Manchester United pada tahun 2001 dan ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Brazil pada tahun 2002.

Pada tahun 2008, Shukor telah mewakili kesebelasan Malaysia atau Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tumpas 0-2 kepada Chelsea. Meskipun tewas jurulatih Chelsea Luiz Felipe Scolari memuji barisan Malaysia yang memberikan tentangan sengit.

Pencapaian

  • Pingat Perak Sukan Asia Tenggara 2001
  • Juara Pesta Bola Merdeka 2007
  • Juara Piala Sumbangsih 2002
  • Juara Liga Perdana Malaysia 2005 (Divisyen 2)
  • Juara Piala Malaysia 2002 & 2005
  • Juara Piala FA Malaysia 2005
  • Naib Juara Piala Malaysia 2008
  • Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08

 

Gol Antarabangsa

 TarikhTempatLawanJaringanKeputusanPerlawanan
1. 12 Oktober, 2003 Kuala Lumpur, Malaysia  Bahrain 2-2 Seri Kelayakan AFC Piala Asia 2004
2. 12 Julai, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia Bendera Singapura Singapura 2-0 Menang Persahabatan
3. 6 Jun, 2008 Surabaya, Indonesia  Indonesia 1-1 Seri Persahabatan