A+ R A-
Shahurain Abu Samah
Player
Statistic
Full Name : Shahurain Abu Samah
Position : Midfielders
Nickname : KECIK


Shahurain Abu Samah (lahir pada 23 Disember, 1986 di Kajang, Selangor) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan. Dia juga merupakan pemain bawah 23 tahun kebangsaan.

Shahurain merupakan penjaring gol kemenangan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Malaysia 2004. Dia kemudian menyertai skuad Piala Presiden Negeri Sembilan sebelum diserap ke skuad senior Negeri Sembilan.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Shahurain menjaringkan gol pembukaan Negeri Sembilan dan mendapatkan sepakan penalti untuk Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua sejak 1948.