A+ R A-
Kuala Lumpur
Team
Matches
Players
City : KL

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur merupakan pasukan bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1974 dengan menggunakan nama Wilayah Persekutuan sebelum menggunakan nama Kuala Lumpur pada 1986.

Pasukan ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain Piala FA Malaysia pada 1993, 1994, dan 1999.

Kuala Lumpur turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Klang Valley derby.