A+ R A-
Selangor
Team
Matches
Players
City : Selangor

Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor Football Association-Selangor FA) atau lebih dikenali sebagai Selangor adalah sebuah persatuan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .

Pencapaian

Selangor yang telah berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, 7 gelaran juara liga divisyen 1, 2 gelaran juara liga divisyen 2, 5 gelaran juara Piala FA Malaysia, dan 8 gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai apa-apa jua piala kejuaraan tempatan dan segala rekod kejuaraan ini masih dipegang oleh pasukan Selangor hingga kini. Ini menjadikan Selangor selaku pasukan paling berjaya dalam Liga Malaysia, sekali gus juga menjadi pasukan yang paling dicemburui oleh hampir keseluruhan penyokong pasukan-pasukan bola sepak negeri yang lain.

Pada 27 September 2008, pengurus Zakaria Ab Rahim telah menetapkan satu wawasan baru untuk Selangor yang dikenali sebagai Visi 2015. Matlamat wawasan itu adalah menjadikan Selangor berjaya.