A+ R A-
N. SEMBILAN
Team
Matches
Players
Photos
City : Seremban

Negeri Sembilan FA merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga teratas dalam Liga Malaysia Boleh Mengetahui Maklumat bolasepak Negeri Sembilan di Facebook:-Info Bola Sepak Negeri Sembilan(Kelab Penyokong.

Sejarah bola sepak Negeri Sembilan dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.